Breaking

02 December 2009

Loss of Good Friend

Today a got SMS. bad news... Our office mate had accident ?? I don't beliave coz we just chit-chat at office  yesterday.  When arriving at office... all friend talk about it... huuh ... maybe it right...

UTUSAN MALAYSIA 2 DECEMBER 2009

 In MALAY version

Kakitangan Perangkaan maut Kancil dirempuh lori tangki


SEREMBAN 2 Dis. - Seorang kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia Selangor maut setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 11.2, Jalan Seremban-Mantin di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, Muhamad Mohd. Rashid, 25, dikatakan dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Mantin sebelum kereta Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan.

Menurut jurucakap polis, kenderaan Muhamad dikatakan berpusing sebelum dilanggar oleh sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

"Berikutan pelanggaran itu, kereta yang dipandu oleh mangsa terputus dua manakala lori tangki berkenaan terbakar. Pemandu lori berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa ditemui tersepit di bahagian belakang kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selain melecur akibat kebakaran," katanya.

Berikutan kejadian itu, sepasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Seremban 2 dan Mantin bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran selain mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih lagi menyiasat punca nahas berkenaan.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya hari ini.

"Polis difahamkan, pemandu lori tangki terlibat sedang dirawat di hospital yang sama dan kita akan mengambil keterangannya sebaik sahaja dia pulih.

"Pada masa yang sama, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan," kata beliau.

God may bless you...My Friend 

No comments: